Selamat Datang ke Laman Rasmi LIGS

Pengumuman : Bantuan Musim Tengkujuh

Sukacita dimaklumkan bahawa sepertimana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2017, Kerajaan Persekutuan melalui Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) akan memberikan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada para pekebun kecil getah dan penoreh yang layak sebanyak RM200.00 sebulan bagi bulan November 2017, Disember 2017 dan Januari 2018.

2. Sila ambil maklum bahawa pemilik dan penoreh perlu memenuhi syarat-syarat di bawah bagi melayakkan mereka menerima BMT seperti berikut:

(i) Pemilik kebun getah yang sah; dan

((ii) Penoreh yang sah kepada pemilik kebun getah; dan

((iii) Menjual getah kepada LIGS; dan

((iv) Telah berdaftar dengan LIGS sebelum 15 September 2017, dan

((v) Memiliki ladang getah yang tidak melebihi 100 ekar

3. Oleh yang demikian, pihak LIGS menyeru kepada semua pemilik dan penoreh yang belum mendaftar agar hadir di mana-mana pejabat LIGS yang berhampiran di daerah masing-masing untuk mendaftar dengan LIGS sebagai pekebun kecil getah sebelum atau selewat-lewatnya pada 15 September 2017.

Sekian dan harap maklum. Terima kasih.

Datuk Harris Mathews

Pengurus Besar LIGS

Sila muat turun dan lengkapkan borang ini Borang Pendaftaran Pekebun Kecil Getah . Hantar ke Pejabat LIGS yang berdekatan.

Ganjaran Kepada Pemberi Maklumat

Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk melaporkan kegiatan menyeludup keluar getah dari Sabah untuk kebaikan Negeri. Ganjaran sebanyak RM500.00 akan diberikan oleh LIGS kepada Pemberi Maklumat untuk setiap kontena yang berjaya dikesan dan dipunggut ses getah atau yang menyebabkan pelaku berjaya didakwa di mahkamah. Segala maklumat yang diberikan serta identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan dan lindungi oleh undang-undang.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Lembaga Industri Getah Sabah telah melancarkan Laman Web Rasmi Kilang Getah Beaufort Specialty

Pengenalan

Lembaga Industri Getah Sabah merupakan sebuah agensi Kerajaan Negeri Sabah yang bertanggungjawab ke atas pembangunan sektor tanaman getah di negeri Sabah, Malaysia.

Visi dan Misi Lembaga

Dengan ini kami berusaha untuk mencapai visi LIGS, yakni untuk menghasilkan Industri Getah yang Moden, Berdaya Maju dan Dinamik. Misi Lembaga adalah seperti berikut:
"Membangunkan industri getah secara bersepadu melalui pengurusan sektor pekebun kecil yang efisien, meningkatkan pengeluaran secara komersial dan mempelbagaikan industri hiliran yang mampu bersaing di pasaran global."
Maklumat lanjut berkenaan dasar dan strategi Lembaga boleh didapati di laman Pengenalan. Enakmen Lembaga Industri Getah (Pindaan) 2013 kini boleh didapati melalui laman ini. Klik di sini untuk muat turun.

*maklumat dalam laman ini telah dikemaskinikan pada 24 Ogos 2017 oleh Jerry Stephen

http://www.alugueldeimpressoras.org